Friday, March 26, 2010

KEHIDUPAN AKHIR ZAMAN

Kehidupan harian ku makin membosankan hidup ku, mcm2 yang ku impikan selepas ku menamatkan pelajaran di menara gading, namun Cuma harapan yang tinggi menggunung..bangun pagi cuma ku lihat dinding depan, kiri , kanan, atas , belakang.

Tak de lah ddk melanguk tuah jatuh keriba .. segala usaha telah dilakukan. Kekadang 2 ada gak kecewa tapi dah lumrah hidup. Satu hari kusangkakan cahaya baru akan ada dalam hidup ku. Aku telah berjumpe dengan seorng insan yang pernah mangharumkan nama Negara . Namun harapan itu pudar, mungkin pengalam ku tidak mencukupi untuk melakukan tanggung jawab tersebut.

Tapi satu yang ku tahu, usaha tetap usaha cabaran mesti ku terima walau sepahit macam hempedu. Cacian dan cemuran aku terima. Terdetik untuk melakukan perkara yang bukan2. Mungkin secebis iman yang membantu aku untuk berfikiran waras.

Aku menerima nasihat yang ingin saya berkongsi dengan rerakan semua. Nasihat ini membuatkan ku makin berfikiran waras, berfikiran sebagai seorang hamba Allah S.W.T. Seorang hamba Allah memberitahu “ wahai ####, kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W mesti mengharungi kehidupan macam mana Baginda menjalankan kehidupan Nya. Kejatuhan demi kejatuhan Baginda merasai dan mengharungi namun Baginda Berjaya juga membawa Agama Islam ke mata masyarakat. Macam 2 lah kehidupan manusia penghahir zaman ”

Jiwa ku tabah kembali,.. kata-kata beliau membantu ku untuk berfikir panjang serta nerima takdir bukan untuk menyalahkan takdir. Ku Cuma manusia yang mempunyai nafsu macam manusia lain. KU berdoa agar Tuhan membuka pintu rezeki, mengampunkan segala dosa-dosa ku, membawa ku kejalan yang benar, manjauhkan diri dari orang yang zalim lagi jahil, serta membuka jalan untuk meriman kepada NYA. Amin

No comments:

Post a Comment